Lima Tahun

5:15 PM

Buat Faridzuan yang bertakhta dihati sejak lima tahun yang lalu...


"Kesudahan tiada henti, begitulah perasaan ini buatmu..."


Diam tak diam, dah lima tahun masa berlalu. Cepat je rasa.. Sedar tak sedar dh lima tahun jugak perkenalan kita kan? Dulu masa baru-baru kenal, mudanya baru sweet9teen. Muka pun saya pun hitam selebet jee..


Perkenalan kita di KPTM Bangi, lepastu masing-masing pergi universiti lain-lain. Saya dekat UniKL, awak bekerja di DOTW dan PJJ studies di OUM. Tapi alhamdulillah kita masih lagi dekat di bawah negeri Kuala Lumpur. Walaupun masing-masing ada komitmen sendiri, hubungan kita masih tetap utuh. Semuanya atas dasar kepercayaan antara satu sama lain.



Tapi biasalah kan, mana ada hubungan yang tak diduga.. Mana ada hubungan yang tak dilanda badai dan taufan.. Macam tu jugalah hubungan kita, dah terlalu banyak dugaan yang kita lalui bersama. Dan sebab itu jugalah yang akhirnya menyebabkan kita berdua lebih kuat dan juga semakin matang dalam perhubungan. Betullah, pengalaman mendewasakan kita. Banyak yang saya belajar tentang kehidupan sepanjang kenal awak.


Dengan awak saya belajar untuk tertawa bahagia, dengan awak juga saya belajar untuk menangis. Jujur saya mmg seorang yang mudah mengalirkan airmata dan cengeng.. Bila dengan awak apabila hati saya terusik sikit pun saya dah mudah sedih airmata tu lagi laju je rasa nak mengalir. Mudah sangat mengalir bila ada sesuatu yang menimpa hubungan kita. Dan alhamdulillah awak seorang yang sabar dan tenang, awak jenis pandai memujuk dan menenangkan saya dengan cara awak.





Awak pelengkap hidup saya, penyeri hari-hari saya. Saya takboleh bayangkann hidup tanpa awak disisi, dan saya taknak bayangkan pun.


Terima kasih untuk lima tahun ni dan tahun tahun yang akan datang. Kita lalui macam-macam suka dan duka. Saya senang awak sentiasa ada disisi saya (bukan ada selalu sebab kita belum halal) Tp walaupun jarak kita satu jam untuk berjumpa, dan kita pun jarang jumpa, awak tetap dihati saya dan tak pernah jauh walaupun seminit. Saya sayang awak dan akan sentiasa sayang awak..


Terima kasih jugak sebab membuktikan pada mak ayah saya yang awak masih bersama saya dan itu adalah penguat cinta kita kerana Mak Ayah, Mak Abah :) Syukur sangat..


Thank you for reading!

You Might Also Like

0 comments