Engagement Day Liyana & Farid 23/6/18

8:39 AM

Assalamualaikum w.b.t


Its have been a year jugak Yana tak update dkt blog ni. Rasa mcm dah malas dah sebenarnya nak hadap. Tapi demi yang penting penting sejarah dalam hidup Yana, so Yana share kan jela. 

2018... Kisah bermula dengan after six years met, to knowing each other, to give and take our lack and advantage of each other. After both of us go through love and sorrow, lightning and storm. It is not easy to build a sincerity in ourselves especially in others. Daripada status kosong bertukar kepada tunangan orang. Bila dah bertunang ni pastilah kearah perkahwinan pula. Saya masih percaya jodoh itu rahsia Allah. Tetapi dengan usaha & doa Allah akan beritahu rahsia itu.

Sebagai anak nombor dua dan perempuan sulung dari empat orang adik beradik pastilah Mak dan Ayah insan yang paling banyak kali tanya betul ke? dkt kita. Kerana mereka mestilah inginkan jodoh anak mereka yang terbaik. Yang boleh jaga anaknya sebaik mungkin sbagaimana mereka menjaga Yana.

Allah always listening what we Doa and request from Him. I'm a person that first time met my fiance I dah mula doa supaya jadikan dia yg terbaik buat Yana. Walaupun ada turun naik gaduh baik dalam hubungan tapi cuba jugak chill. Rasa sayang dalam hati ni lain dibuatnya.

"Macam boleh rasa nak kahwin dengan dia?"

- Mula mula semua orang akan rasa was was, tapi keep keep and keep praying, always put trust on Allah s.w.t first, He will shows us one by one until we feel something that the best way.

"Macam mana cakap dengan parents?"

- Firstly, mmg gurau gurau, paling byk gurau gurau ckp nak kahwin nak kahwin. Tp hanya sekadar omong kosong lah. But my parents knows I have a boyfriend since KPTM Bangi hahaha.

April 2017 & Jun 2017, Farid ingin mengotakan janjinya dengan mengajak Yana pergi cari cincin. Mula mula Yana mcm betul ke awak ni, dah ada duit? Dia dengan confident dia yang tinggi "dah ada sbb tu nak belikan" Ya Allah! inikah petunjukMu yang baik buatku?




"We are good as a planner but Allah is the ultimate determination."




Cincin belah rotan : Yana mmg minat sgt cincin yg orang duk panggil pasir... halus dan simple telah menawan Yana.

Cincin Bertunang: Farid yang pilihkan, kami berdua pergi keluar jalan2 dkt MyTown Cheras, suddenly Farid ajak beli jam jam tu jgk lah dia nak beli. Musykil jugak time tu. Tapi dlm hati dah kemain happy!!!

Setiap bulan selepas Yana tamat belajar Degree di UniKL, Ayah dan Mak mula pesan agar tidak selalu keluar dating dgn Farid, malah Farid kena selalu datang rumah utk jumpa Mak & Ayah. Alhamdulillah, Yana dapat seorang lelaki yg sgt sgt memahami hati seorang ibu ayah kepada seorang anak perempuan. Farid bersungguh menunjukkan yg dia betul sayangkan Yana, setiap bulan Farid akan datang rumah. 2018, kami pun keluar hanya utk mencari brg brg hantaran. Keluar bersebab, balik awal. Syukur sangat-sangat, susah nak jumpa lelaki mcm awak. You are one in a million.

Dalam pada masa setiap bulan dia datang rumah, perbincangan kami banyak ke arah penyatuan dua hati. Syukur pada Allah s.w.t kerana memudahkan urusan kami berdua dan keluarga. Decide punya decide maka....

"23 June 2018 - Majlis Merisik & Bertunang serta Open House Hari Raya Aidilfitri dilangsungkan"



I consider myself as your average girl. I like to think I am somewhat normal to the world all of you? ðŸ˜‰ You know what average girl that always dreamed of? She's dreamed of the day that your mom sitting beside me with a ring in hand and ask me to marry you and live happily ever after. Luckily for me, that dream came true just about six years 







"A man, my tunang and future Imam" Amin ya rabbal alamin

“These rings you put on each other’s fingers today are for you. Every time you are alone or with other people, you can look down and see your ring. It is a token of love, commitment and promises. When you look at it, you should remember this day and how you feel. You are promising to love and support each other for eternity.”



Ayah Mak, Kakak bersyukur dan berterima kasih sangat sangat. Dan benarlah, dapatkanlah restu Ibu Bapa mu agar kehidupan mu lebih teratur dan dirahmati Allah s.w.t. (Sebak) "Pesanan yg selalu Mak Ayah pesan, jadikan anak, isteri yang solehah dan baik, jgn terlalu ego. Utk ke alam rumah tangga ni perlu ada tolak ansur nya. InsyaAllah.

LOVE IS FOR ETERNITY


 "Kakak sayang Mak Ayah sampai syurga kita"



"Orang kuat dan paling sayang dan paling bertanggungjawab, selalu gaduh sakat menyakat tapi rasa sayang each other sangat dalam, Sayang sangat! (Sebak 2.0 hmm menangis)"




 "My bestfriend since primary school, she's helping me so much to makeup me, to make me become beautiful girl in my day"


 "My forever bestfriend since high school, paling kepochi but always jaga hati kawan kawan"


"BBG part ni pun paling riuh rendah suasana permai desa, my bestfriend in Degree life"



 
 "DIY pelamin murah, dibuat khas oleh Ayahanda ku yang tercinta. Frame cantik dari my friend Jannah"

 "My Eyqa MUA of the day, cantik sangat dia makeup, Yana request nak naik seri muka, tp taknak over, so weee cantik gila tauu!!! Thank you so much Eyqa!"



 " Dilaa adalah orang yang bentukkan kening Yana on that day, sebab kening Yana jenis bersepah, so kena pandailah bentukkan, so dialah Eyebrows person"





"Forever kawan baik yg banyak membantu, dialah yg jadi photographer kita tempoh hari, sebabtu gambar semua cantik cantik sangat" Hihi



" Tengah kemas kemaskan tudung kita"





"Alhamdulillah rabbi yassir wala tuassir" Semoga Allah permudahkan urusan seterusnya ke hari pernikahan dan persandingan kami insyaAllah tahun depan. Doakan yang baik baik. Terima kasih Faridzuan Bin Saim memilih saya sebagai teman hidup awak.



Nur Liyana Shahren Razi tunang kepada seorang jejaka idamannya Faridzuan Bin Saim.

-End of Story-

 Save the Date 23 June 2018 #YSFS #ForeveriNLove-

Meets & Greets

8:49 AM

 Assalamualaikum, jumpa lagi!

Kalini punya entry Yana ceritakan tentang kawan-kawan Yana pulak okay. Sebenarnya meets & greets sangat ni bulan Februari, tapi sebab kan malas and having a poor connection internet, so bawa ke March punya post la ye. Hihi



 22/2/2017 : Janji nak jumpa since last year lagi tapi tidak berkesempatan. Taktahulah apa yg duk busynya dua orang ni kan. Single lagi pun busy, nnt dah married tah mcm mana pulak haha. Let me introduce, she's my friend since Diploma, Mas namanya. We all keep in touch til now. Alhamdulillah, sometimes bila bosan2, borak laa, walaupun dia kerja tapi masih curi curi masa la share any story pun. Kehkeh. So we decide bebetul untuk dinner sama sama at Chop N Steak, Kg Baru. 


 27/2/2017 : Intan Suraya ni pulak kenal pun sebab boyfriend Yana kawan dengan boyfriend dia. So dari situlah perkenalan kami berdua. Dan dari situ kami boleh bertukaq no tel and contact each other, baru 3kali jumpa but perangai tu mcm dah kenal bertahun tahun lamanya. Ceiittt! And ni pun kes byk kali nak jumpa tapi tak sempat and takde masa haha, so we bebetul decide and tnya each other bila free semua, so we dinner sama sama at Kenny Rogers, Aeon Alpha Angle. 


27/2/2017 : Nayli Qistina ni pulak kenal pun sebab boyfriend Yana kawan dengan boyfriend dia jugak. I just remember how we contact each other is from, she wants to buy perfume De'Xandra with me, haa yess from that conversation dari nak membeli sampailah jadi kawan.. baru 1st time jumpa! Dia kerja and susah skit laa nak jumpa.. so Intan and I bebetul decide and tnya each other bila free semua, so we dinner sama sama at Kenny Rogers, Aeon Alpha Angle together.

Thank you for reading!

Wedding Ceremony

8:23 AM

Assalamualaikum semua. 

Maaf lah tercicir sebulan dari update kenangan terindah dalam bulan Februari 2017 baru baru ni. Taktahulah kenapa rasa malas pulak kan. Hihi takpelah kita proceed je cerita yang Yana lalui ye.


#AAest06

4/2/2017 : Kak Ain and Akmal Wedding Reception at Garden Melur Wedding, Bangi. 
This time im not feeling well, got fever for 2days, but gigihkan juga nak pergi sebab she's my adopted sister (Dari zaman sekolah menengah, yela time tu mmg tgh trending kakak&abang angkat) So datanglah, lgpun bg wakil my family jugak, bcs of time ni my parents baru je balik dari Umrah and both of them demam teruk sangat, I'm a person yg take over jaga my parents.. itu yg agaknya takkuat antibodi sampai sama demam. But alhamdulillah, on Sunday tu Yana taklayan sgt demam tu, sbb fikir nak kena jaga my parents. Alhamdulillah after a week i kerja, i boleh handle jaga makan minum diorang. Thank to Allah!


12/2/2017: I has attend wedding reception #FirdausNadia at Taman Selayang Mutiara. Yang kahwin tu bukan kami berdua seperti image diatas, tetapi Abang kepada my boyfriend yg kahwin. Jadinya, I as his future family, Yana pergi dan juga jadi wakil my family sebab my parents time ni pulak pergi ke Ipoh, Perak. Sangat independent nya seorang Liyana yg pandai membawa diri even sorang2 pergi wedding orang yg kahwin. Alhamdulillah. 

Masa ni jugak, Yana dengan boyfriend Yana jadi pengapit untuk the bride and groom! So, Im okay je. Sbrnnya I follow my boyfriend, if he's agree, then im okay. Ramai lah yg tanya kami bila lagi, dan dia selalu cakap doakan yang baik baik je buat kami berdua.. dan ikutkan kami berdua masih muda lagi, masih lg mengenal hati budi masing-masing, masih juga memberi ruang dan masa utk diri sendiri dan keluarga. Dia juga sedang gigih berusaha untuk menghalalkan hubungan ni. I can see his effort, i know how hard his handle by his own. I'm a person that really proud of him and will say YES to marry him. Membina sebuah masjid bukanlah seindah dan semudah kata-kata bahkan penuh dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang bukan juga sekadar nafsu semata malah kerana Lillahi Taala :) 

InsyaAllah, kalian doakan yang baik baik buat kami berdua, agar dipermudahkan segala urusan untuk mendirikan rumah tangga bersama suatu hari nanti. Blog ni akan Yana baca sampai bila bila. Andai dia adalah jodoh buat Yana, itu rencana yg telah tertulis di Luh Mahfuz. Jika sebaliknya, ingat satu, rancangan Allah lebih hebat. 


Thank you for reading! 

Lima Tahun

5:15 PM

Buat Faridzuan yang bertakhta dihati sejak lima tahun yang lalu...


"Kesudahan tiada henti, begitulah perasaan ini buatmu..."


Diam tak diam, dah lima tahun masa berlalu. Cepat je rasa.. Sedar tak sedar dh lima tahun jugak perkenalan kita kan? Dulu masa baru-baru kenal, mudanya baru sweet9teen. Muka pun saya pun hitam selebet jee..


Perkenalan kita di KPTM Bangi, lepastu masing-masing pergi universiti lain-lain. Saya dekat UniKL, awak bekerja di DOTW dan PJJ studies di OUM. Tapi alhamdulillah kita masih lagi dekat di bawah negeri Kuala Lumpur. Walaupun masing-masing ada komitmen sendiri, hubungan kita masih tetap utuh. Semuanya atas dasar kepercayaan antara satu sama lain.



Tapi biasalah kan, mana ada hubungan yang tak diduga.. Mana ada hubungan yang tak dilanda badai dan taufan.. Macam tu jugalah hubungan kita, dah terlalu banyak dugaan yang kita lalui bersama. Dan sebab itu jugalah yang akhirnya menyebabkan kita berdua lebih kuat dan juga semakin matang dalam perhubungan. Betullah, pengalaman mendewasakan kita. Banyak yang saya belajar tentang kehidupan sepanjang kenal awak.


Dengan awak saya belajar untuk tertawa bahagia, dengan awak juga saya belajar untuk menangis. Jujur saya mmg seorang yang mudah mengalirkan airmata dan cengeng.. Bila dengan awak apabila hati saya terusik sikit pun saya dah mudah sedih airmata tu lagi laju je rasa nak mengalir. Mudah sangat mengalir bila ada sesuatu yang menimpa hubungan kita. Dan alhamdulillah awak seorang yang sabar dan tenang, awak jenis pandai memujuk dan menenangkan saya dengan cara awak.





Awak pelengkap hidup saya, penyeri hari-hari saya. Saya takboleh bayangkann hidup tanpa awak disisi, dan saya taknak bayangkan pun.


Terima kasih untuk lima tahun ni dan tahun tahun yang akan datang. Kita lalui macam-macam suka dan duka. Saya senang awak sentiasa ada disisi saya (bukan ada selalu sebab kita belum halal) Tp walaupun jarak kita satu jam untuk berjumpa, dan kita pun jarang jumpa, awak tetap dihati saya dan tak pernah jauh walaupun seminit. Saya sayang awak dan akan sentiasa sayang awak..


Terima kasih jugak sebab membuktikan pada mak ayah saya yang awak masih bersama saya dan itu adalah penguat cinta kita kerana Mak Ayah, Mak Abah :) Syukur sangat..


Thank you for reading!

Kenapa Lyana PILIH DE'XANDRA Perfumes sebagai Business

6:01 PM

Assalamualaikum.

Baiklah dekat sini Yana nak cerita sedikit tentang Yana. Sebenarnya dah lama nak perkenalkan walaupun ramai dah orang yang jual and tahu tentang produk wangian De'Xandra ni. Walaupun Yana masih lagi baru, baru setahun dan masih lagi bertatih dalam urusan business ni. Target Yana sebenarnya bukan sekadar kawan, keluarga, malah target Yana untuk orang yang tidak Yana kenal juga. Senang bukan handle dengan orang yang tidak tahu segala tentang peribadi kita.


Tapi itulah, flashback, and forward... Yana pun tengah belajar belum habis study lagi, jadi tumpuan Yana more to study and untuk jualan perfume ni pada kawan-kawan dari sekolah-universiti. Yana ada jugak nak bisnes berniaga tepi jalan macam Ayah buat, tapi belum tahu lagi nak bisnes apa. Tunggu nnt lah lepas habis belajar boleh bagi komitmen lebih lagi kan.

Yana ada jugak bagitahu encik buah hati nak bisnes #DuitKahwin alhamdulillah encik buah hati support, dan takpernah menghalang. And why not Yana buat secara kecil-kecilan (dropship) dan dari bawah insyaAllah taklama lagi boleh meningkat naik. Yelah dari sekarang lah kena fikir side income and extra income.



1) Suka pakai perfume?
2) Murah / Mahal?

Pernah dengar De'Xandra Perfume? Okay bolehlah Yana nak rungkaikan sikit pasal perfume yang semakin digilai ramai dan Yana sendiri pun keep repeating beli siap tukar tukar bau lagi tau. Dulunya Yana sendiri pun nak pakai yang paling murah belas-belas ringgit je. Memang bau wangi lah tapi taktahan lama. Yana dah setahun dengan De'Xandra Perfume. Alhamdulillah dari situ juga Yana buat side income untuk Yana.


Kenapa jual De'Xandra Perfume?

Biar Yana bagitahu.. Kita nak jual sesuatu mestilah dengan apa yang kita jatuh cinta. Jadinya, Yana pakai dulu perfume ni, then Yana belikan untuk family... Semua suka, bila semua jatuh cinta juga, bermakna bolehlah Yana buat lagi orang lain pun jatuh cinta dengan produk ni kan? ;) 

Dulu first2 sekali perfume Yana beli and pakai, Chloe Love Story. Memang wangi, Yana pulak jenis taksuka bau yang hard sgt, soft soft je macam tuannya haha. (Kidding) Dan dari situ Yana beli, yana perkenalkan dekat kawan-kawan Yana. Selama setahun dah 4botol Yana guna. Yana tukar-tukar takguna bau yang sama je. Hihi


Alhamdulillah sambutan sangat memberangsangkan dan buat Yana rasa happy. Thank you pada semua yang pernah beli dengan Yana. Nanti boleh lah beli lagi ya.



Dalam setahun Yana berbisnes dengan De'Xandra Perfume, Yana dapat kumpul sekian amount dan dah dapat pulangan modal, Alhamdulillah syukur sangat. Bisnes ni kecil-kecil je but I know, "There have a reward when we struggling want to do it". Dan dari duit berniaga Yana ni Yana kumpul untuk buat #DuitKahwin Sikit-sikit lama-lama banyaklah kan. InsyaAllah.

**REKA BENTUK DE'XANDRA PERFUME YANG UNIK



**CIRI-CIRI YANG ADA PADA DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL & SOLAT
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

8) RM 65/35ml

Jadinya, Yana nak pembaca/follower Yana dari Twitter, Facebook, Instagram bolehlah contact Yana untuk dapatkan wangian De'Xandra kamu sendiri, boleh Whats App : 018-9664946 untuk pembelian. Dengan pembelian perfumes, ada juga cabutan hadiah, tapi ingat, kena install Apps DeXandra terlebih dahulu ya. Yana boleh bagitahu bau apa yang paling meletop letops!



Thank you for reading!
Contact me for any enquiries 018-9664946